Wednesday, May 19, 2010

kali pertama.

     Hari ini.,19 may 2010.,tepat pkul 9 pagi aku bersama mak aku  dihadapkan ke  Mahkamah Tinggi Syariah yang  berhampiran.Tak ketinggalan juga nenek dan pakcik  belah arwah ayah aku turut dijemput hadir .Diaorang pun kena datang jugak sebab nanti nak jadi saksi.Ntah ape ntah.Aku pun tak berapa faham dengan procedure diaorang tu..Fuhh.siyes shit tak pernah lagi aku masuk court.Rase cam dah buat jenayah berat la pulak., baru masuk mahkamah syariah je pun.Nak masuk pun kena beradap,tunduk kepala ketika keluar atau masuk mahkamah,kaki tidak boleh bersilang ketika duduk,tak boleh makan atau minum,dilarang menghidupkan telefon bimbit , dan haruslah berpakaian sopan.Ibarat macam nak masuk istana la plak kan.haha.Aku bukan nak kecah tapi sekadar hanya nak bercerita.
      Ni sume nenek aku yang tamak haloba tu la yang beriya sangat nak tuntut harta arwah bapak aku.Dulu kaw menyampah sangat dengan Si Mati.Sekarang kaw nak harta dia plak.waaa.berlemak kaw ye.Dah3.Enough.apehal citer pasal personal aku plak kat sni.haha.Tak saba nak tengok rupa hakim tu macam mana.Mungkinkah rambut dia warna kelabu,kerinting-kerinting, macam bulu kambing dan pkai spek mata tebal macam orang nerd?haha.Kecah betol la aku nih.
    Janji melayu,janji start pukul 9 pagi,tapi hampir pukul 10 jugak hakim tergedik- gedik baru nak mula.Nasib baik muka hakim tu hensem dan tak macam aku bayangkan tadi. Ramai  yang ada dekat situ menghadiri kes tuntut fasakh atau cerai.Bukannya seorang dua tapi ramai.Yang dah tua pon nak mintak cerai jugak.Haiyaa..hairan dan pelik.Maybe muka bini diaorang da berkedut dan dah tak syok lagi nak bersama KOT.haha.Whateva, Sesungguhnya janganlah kita menyintai seseorang oleh kerana cantik atau hensem  paras rupa kerana kecantikan itu hanyalah sementara.Yang BAJET cantik atau PERASAN dirinya cantik tu aku no kumen la pulak kan.wahaha.
     Akhirnya,selepas disoal siasat barulah keputusan dibuat.Nenek aku hanya dapat 1/6 dari RM xx,xxx harta Arwah ayahku.Padan muka dapat sikit.wakaka.Perasan pulak muka kaw nak dapat lebey.Huh!.my Mum dpt 1/8 , manakala pewaris (anak2)  dpat 1/3 dan anak lelaki akan dapat double dari ape yang anak perempuan dapat.wohoo.Dan-dan la plak  aku nak ngaku diri aku lelaki.haha.Mengikut adat Negeri Sembilan jika suami meninggal maka isteri akan dapat lebey.Waaa..Gila harta betol la kaw ni syikin.! aish.
Aku tak kisah lansung dengan semua harta-harta bapak aku.tak kebulur la weh.Lagipun berapa banyak pun duit yang family aku dapat,tapi diaorang tak bleh nak kembalikan balik ayah aku yang dah lame pergi.I really miss him.ooh God.Semoga bapaku aman di sana dan sentiasa dicucuri rahmat.Al-Fatihah.

1 comment: