Sunday, May 30, 2010

derita.~

Aku benci ko,aku dah serik dengan ko,terseksa aku dan dah tak tertahan lagi dah.Derita aku dengan ko sehinggakan badan-badan aku jadi sakit dan meninggalkan kesan yang membuatkan orang pandang serong denganku.Apa salah aku dekat ko sampai tergamak ko buat aku macam ni.Begitu rakus dan ghairahnya  ko 'meratah' aku.Di mana ada aku di situ jugalah ko berada.Ko dah menghantuiku.Boleyh tak ko jangan ganggu aku lagi??? Aku dah x tahan !  fed-up ! .
Aku tengok ko pon dah besa kecik besa kecik je nih.Kalau aku dapat jangan harap ko dapat lepas..,dah semestinya ko kalah dengan aku sebab aku lagi besa dari ko.
Jahanam punye semut !.nah mati ko aku kejakan !.Fuhh.lega.!!

p/s: harap besabar dengan entriku ini. ^-^

Monday, May 24, 2010

di sini menunggu di sana memanggil.,

Susah betul  nak cari tempat praktikal.,Hermm..
menyesal plak aku tolak 'lamaran' dari company BriteSoft@Technology Park aritu,.tapi kalau aku dapat pon aku tetap jugak susah nak pergi praktikal dekat sana sebab aku tak ade transport nak pegi.,dah la jauh pulak tuh.Bile pegi kolej plak my lecturer tak dapat nak tolong applykan tempat lain sebab masa dah suntuk.Damn !
Aku pun pulon la apply sendiri tempat praktikal .,anta resume gune email.merata tempat aku cari.,sempat pulok aku merayu sikit dalam email aku tuh.,memalukan !! 
lantak jela.masa dah suntuk.,kang kalau tak dapat tempat lagi la  naye  aku.,

Ntah macam mane aku boleh terjumpa 1  company ni iaitu company ePROTEA yang bagi elaun sampai 500 kot beb,.,susah nak cari tempat praktikal yang boleh bagi sampai 5 rat.,Dengan rakusnya aku pun terus menelefon company tersebut dan bertanyakan tentang intershipku.,lalu nyonya kat company tu pun kasi la email HR beliau.Banyak kali jugak aku suruh dia ulang balik email tuu sebab aku kurang faham dengan loghat cina yang cuba dituturkan.macam beborak dengan budak umo 1 taun pon ade gak.haha.
Enough sampi situ.,semua dah di'settle'kan,,just tunggu jawapan dari diaorang je lagi.mana la tau kalau-kalau rejeki aku dekat ePROTEA tuu kan.
Memang menggelupur la tunggu panggilan dari diaorang,.makan pon terlebih kenyang.,tido plak sampai terlebih 12 jam akibat terlalu risaukan pasal intership aku.,n pada 1 pagi , bila aku cek telefon 3d aku yang canggih lagi power tu.,(bajet) ade plak 1 panggilan yang aku tak kenali.,aku dah dapat agak number tu mesti dari ePROTEA.,sebab lebih kurang sama je yang aku call aritu.aisyehhh mennn...aaaaaaaaa...macam mane bleh tak dengaw plak ni.,,adus..colll la balikkkkkkk..
sanggup aku tak mandi pagi.,semata-mata nak tunggu orang tu col balik..,tunggu punya tunggu,orang lain plak call.dengan sopannye aku menjawab:

aku  :      Helllo..,,,(nada yang lemah lembut).
miss L :  Hello.,ni cik nur asyikin ke???
aku  :      ha.,saya la tu.,kenape??
miss L :  Saya miss **** dari company Unijaya Resources, n saya dah dapat dah resume cik,tapi boleh tak cik fax kan surat pengesahan dari kolej.,number.,bla,.bla..bla..
aku :       err.,nak skunk ke??(soklan sengal)
miss L  :  iye cik syikin.,
aku :     insyaallah, nanti  saya suruh lecturer saya faxkan.

errr..unijaya mana plak la aku apply ni.,setahu aku company Jayonik yang lyana suggest kat aku tu je.,
arhhhh..what eva la.,maybe aku terlupa sebab dah banyak sangat yang aku apply.

Tak berapa lama lepas tu , miss **** dari company Unijaya tu call aku balik n mengatakan bahawa aku da diterima untuk praktikal dekat situ.,

miss L  : Boss saya dah terima application cik syikin.,so macam mane maw ke tidak?
aku :  (diam sekejap) errr..kalu saya bagi jawapan nanti bleh x?
miss L:  alaa..arini la..sebab saya nak isi form n bla.bla.bla.
   .       (aku x engat sebab dalam kepala pk ePROTEA je)
aku :    ha.,layan jela..lagipun saya tak dapat panggilan dari mana2 lagi ni.,kang kalu tolak saya tak dapat nak intership plak.,
miss L   : haa..bagusla kalu macam tu.,nti 14 hb Jun dah bole mula.,
aku         :ok..terima kasih.(nada frust).
20 minit kemudian :

tut..tut.

aku : helllo..
E    : hello. i dari company ePROTEA n maw amik u praktikal dekat sini.,.so macam mana??
aku : haiyaaa..,dari tadi i tunggu u call balik.,sorry maa..sy sudah ade tempat praktikal lain.,
 E   :aiyokkk.,yaka??i baru engat nak amik u.,kalu macam tu x apa la.,lain kali sahaja.,gud luck for your intership..
aku : tenkiu2.(dalam ati sedang memaki @#$#$$%$%^^%%&%)

Conclusion : jangan lahh ade sikap tamak haloba.,dan mungkin sesuatu yang terjadi ada hikmahnya.
                   (macam xde kena mengena dengan cerita .hahaha)
p/s:lepas dari itu,aku terus menuju ke kamar mandi dan mandi pagi.,:-P

Wednesday, May 19, 2010

kali pertama.

     Hari ini.,19 may 2010.,tepat pkul 9 pagi aku bersama mak aku  dihadapkan ke  Mahkamah Tinggi Syariah yang  berhampiran.Tak ketinggalan juga nenek dan pakcik  belah arwah ayah aku turut dijemput hadir .Diaorang pun kena datang jugak sebab nanti nak jadi saksi.Ntah ape ntah.Aku pun tak berapa faham dengan procedure diaorang tu..Fuhh.siyes shit tak pernah lagi aku masuk court.Rase cam dah buat jenayah berat la pulak., baru masuk mahkamah syariah je pun.Nak masuk pun kena beradap,tunduk kepala ketika keluar atau masuk mahkamah,kaki tidak boleh bersilang ketika duduk,tak boleh makan atau minum,dilarang menghidupkan telefon bimbit , dan haruslah berpakaian sopan.Ibarat macam nak masuk istana la plak kan.haha.Aku bukan nak kecah tapi sekadar hanya nak bercerita.
      Ni sume nenek aku yang tamak haloba tu la yang beriya sangat nak tuntut harta arwah bapak aku.Dulu kaw menyampah sangat dengan Si Mati.Sekarang kaw nak harta dia plak.waaa.berlemak kaw ye.Dah3.Enough.apehal citer pasal personal aku plak kat sni.haha.Tak saba nak tengok rupa hakim tu macam mana.Mungkinkah rambut dia warna kelabu,kerinting-kerinting, macam bulu kambing dan pkai spek mata tebal macam orang nerd?haha.Kecah betol la aku nih.
    Janji melayu,janji start pukul 9 pagi,tapi hampir pukul 10 jugak hakim tergedik- gedik baru nak mula.Nasib baik muka hakim tu hensem dan tak macam aku bayangkan tadi. Ramai  yang ada dekat situ menghadiri kes tuntut fasakh atau cerai.Bukannya seorang dua tapi ramai.Yang dah tua pon nak mintak cerai jugak.Haiyaa..hairan dan pelik.Maybe muka bini diaorang da berkedut dan dah tak syok lagi nak bersama KOT.haha.Whateva, Sesungguhnya janganlah kita menyintai seseorang oleh kerana cantik atau hensem  paras rupa kerana kecantikan itu hanyalah sementara.Yang BAJET cantik atau PERASAN dirinya cantik tu aku no kumen la pulak kan.wahaha.
     Akhirnya,selepas disoal siasat barulah keputusan dibuat.Nenek aku hanya dapat 1/6 dari RM xx,xxx harta Arwah ayahku.Padan muka dapat sikit.wakaka.Perasan pulak muka kaw nak dapat lebey.Huh!.my Mum dpt 1/8 , manakala pewaris (anak2)  dpat 1/3 dan anak lelaki akan dapat double dari ape yang anak perempuan dapat.wohoo.Dan-dan la plak  aku nak ngaku diri aku lelaki.haha.Mengikut adat Negeri Sembilan jika suami meninggal maka isteri akan dapat lebey.Waaa..Gila harta betol la kaw ni syikin.! aish.
Aku tak kisah lansung dengan semua harta-harta bapak aku.tak kebulur la weh.Lagipun berapa banyak pun duit yang family aku dapat,tapi diaorang tak bleh nak kembalikan balik ayah aku yang dah lame pergi.I really miss him.ooh God.Semoga bapaku aman di sana dan sentiasa dicucuri rahmat.Al-Fatihah.

Friday, May 14, 2010

Sunyi sunnguh bagaikan ade seribu mata yang sedang memerhati aku.
Ferh.!
Beginikah caranya jika hidup berseorangan di rumah?
Oh.Tidak mati kutu babi aku dibuatnya.
Ku biarkan sahaja televisyen usangku membebel sendiri.Kalau benda alah tu pandai bercakap garenti aku kena 'sound' sebab tak layan dia membebel dari tadi.Kesian.
tet...tet.....tut..tut......................
tu sahaja yang mahu ku tulis.
Bosan!