Tuesday, April 27, 2010

renungan bersama

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

p/s:renung-renungkan dan slamat beramal..

Friday, April 16, 2010

bosan.

Aku bosan dengan kau.Ntah kenapa aku mesti dengan kau.kadang-kadang aku rasa meluat dengan perangai kau.Aku dah bosan dengar kata-kata kau.Kau je nak betul.Kau pikir kau bagus sangat?
Bile dah ade orang lain kau tinggalkan aku.Bila dah susah baru nak cari aku.Kau pikir aku ni ape?
Aku tau kau gedik.Tergedik-gedik dan suka mengedik.whateva.
Kau selalu nak menang.ha..amek.aku tak kisah.
ntah kenapa mata aku bagaikan dicucuk garfu bila pandang muka kau.haha
Sebenarnya kau ni seorang yang bajet bagus.tapi tak dela bagus mana pun.
kau tak perlulah nak berlagak sebab aku paling menyampah dengan orang berlagak.
ntah ape-ape yang aku melalut ni erk.tapi suka hati aku la dah nama pun blog aku.
maybe emosi tidak stabil.haha
bukan niat aku nak tujukan kepada sesiapa.kalau terasa nasib la.

@##$%&*& bla.bla.bla